Selasa, 30 April 2013

8.5 Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam


8.5 Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam
Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam ialah :-

1. Kuat kuasa undang-undang 
Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut. Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum 
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter 
Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.


4. Mengurangkan kos operasi 
Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif
Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta  hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.

6. Kursus pemanduan berhemah 
Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

32 ulasan:

  1. hye,maklumat awk nie baguslh.It's help me alot.tq

    BalasPadam
  2. baik. tapi knp kempen kongsi kereta takde

    BalasPadam
  3. baik. tapi knp kempen kongsi kereta takde

    BalasPadam
    Balasan

    1. klw nk msukkn boleh jga.. saya bwt krja ni last minit je..

      Padam

    2. klw nk msukkn boleh jga.. saya bwt krja ni last minit je..

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas pertolongan ini :-)

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas pertolongan ini :-)

    BalasPadam
  7. Baik. Ini dpt mmbantu sy untuk myiapkan kerja khusus πŸ™

    BalasPadam
  8. ur notes is superbb...excellent

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. klw saya pnya x bgus,cari lh yg bgus.. simple je

      Padam
  10. Thank sbb shareπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

    BalasPadam
  11. Thanks sbb share... It mean lot for me... Tq very much. 😁

    BalasPadam
  12. Ia amat membantuπŸ‘πŸ‘

    BalasPadam