PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Pengetua SMK Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau
Pinang, Tuan Mohd Roodzi Bin Aziz kerana telah memberi sokongan dan dorongan
kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima
kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan NorHaiza bt Mohamad
kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi
menyiapkan kerja kursus ini.
Di samping itu, saya juga ingin
berterima kasih kepada ibubapa saya iaitu En Addnan Abd Hamid dan Pn Siti
Aishah Abd Rahim kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk
meniapkan kerja kursus ini. Juga kerana telah memberi bantuan kewangan kepada
saya dengan membelikan bahan-bahan yang akan digunakan untuk kerja kursus ini.
Tidak ketinggalan kepada
sahabat-sahabat saya iaitu Nor Fify Zamry, Alif Azni, Muhammad Akmal dan yang lain yang banyak
membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar,
kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya Berjaya
menyiapkan kerja kursus geografi dengan jayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan