Selasa, 30 April 2013

8.3 Kepentingan pengangkutan awam


8.3 Kepentingan Pengangkutan Awam
Perkhidmatan pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Antaranya ialah :

1. Mengangkut barangan 
Perkhidmatan bas Rapid juga mengangkut barang seperti bungkusan akhbar/majalah dan barang-barang lain atas permintaan pelanggan untuk dihantar ke destinasi yang diingini.

2. Mengurangkan kesesakan 
Perkhidmatan bas Rapid Penang di kawasan Kepala Batas ini telah mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar ini.

3. Mengangkut penumpang 
Daripada pagi hingga malam, perkhidmatan bas Rapid Penang telah mengangkut penumpang yang terdiri dari pelajar sekolah dan pekerja.
 
4. Sumber pendapatan 
Perkhidmatan bas awam seperti Bas Rapid Penang merupakan sumber pendapatan kepada pemandu bas tersebut dan pemilik bagi syarikat bas tersebut.

5. Peluang pekerjaan 
Tidak dinafikan perkembangan pengangkutan awam seperti bas Rapid Penang telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar seperti bekerja sebagai pemandu bas ataupun atendan bas.

6. Meningkatkan mobiliti penduduk 
Kekerapan bas Rapid Penang mengunjungi laluan setiap 30 minit memudahkan penduduk untuk bergerak. Bas yang berhawa dingin juga lebih selesa.

7. Menjimatkan masa 
Laluan yang berjadual dan setiap 30 minit oleh bas Rapid Penang telah menjimatkan masa penduduk. Penduduk tidak perlu membazirkan masa menunggu lama sebagaimana sebelum ini, mereka terpaksa menunggu bas selama 1 jam.

8. Menjimatkan kos 
 Kos juga lebih murah iaitu tambang sebanyak RM2.00 orang awam dan RM1.00 kepada pelajar sekolah, penuntut kolej, institusi pengajian tinggi untuk semua laluan bas Rapid Penang amat berbaloi.

kaedah kajian


KAEDAH KAJIAN

            Terdapat tiga kaedah kajian yang telah saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan kerja kursus Geografi pada tahun ini.

            Antara kaedah kajian yang saya lakukan ialah soal selidik. Saya telah mengedarkan sebanyak 20 helai borang soal selidik kepada para penumpang yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sebagai kenderaan harian.

            Kaedah penyelidikan yang seterusnya yang saya lakukan ialah dengan melayari internet. Saya telah melayari laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Rapid_Penang sebagai salah satu sumber yang membekalkan maklumat tentang pengangkutan awam.

            Kaedah kajian yang terakhir ialah temuramah. Saya telah menemuramah dengan Encik Ismail Bin Halim iaitu seorang pemandu bas Rapid Penang yang selalu mengangkut penumpang yang berpusat di pekan Kepala Batas.

mentakrif konsep


MENTAKRIF KONSEP

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dsb. — mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.

Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau pendidikan.

Sabtu, 27 April 2013

temuramah


TEMURAMAH

Saya : assalamualaikum,pakcik. saya bertemu dengan pakcik ini bertujuan untuk menemuramah  pakcik tentang pengangkutan awam di pecan Kepala Batas ini. Harap pakcik kelapangan.
Pakcik : waalaikumsalam, ya. Silakan.
Saya : pertama sekali saya ingin tahu pakcik memandu dari mana ke mana?
Pakcik : pakcik selalu membawa penumpang dari Kepala Batas ke Tasek Gelugor melalui  Bertam.
Saya : berapa harga tambang bagi setiap kilometer?
Pakcik : harga tambang tambang selalu dikira RM 0.70 untuk setiap 1 hingga 7 kilometer.
Saya : seterusnya, apakah kepentingan perkembangan pengangkutan awam di kawasan Kepala Batas ini?
Pakcik : perkembangan pengangkutan awam ini banyak kepentingannya. Antaranya termasuklah  dapat mengurangkan kesesakan, mengangkut penumpang, pelancongan, dan bagi pakcik sendiri merupakan sumber  pendapatan.
Saya : selain itu, apakah masalah yang melibatkan perkembangan pengangkutan awam ini?
Pakcik : serasa pakcik, masalahnya ialah jika berlaku kemalangan, ia akan melibatkan ramai           penumpang kerana mereka berada dalam satu kenderaan yang sama. Selain itu masa yang  diambil bagi penumpang untuk menunggu bas tiba mengambil masa yang lama dan tiba di tempat yang dituju agak lama kerana bas ini berat dan banyak berhenti di hentian.
Saya : jadi, bagi pakcik apakah langkah untuk mengatasi masalah tersebut?
Pakcik : pakcik rasa, kerajaan atau syarikat bas ini perlu menambah lebih banyak bas yang baru untuk mengangkut penumpang. Secara tidak langsung dapat juga menyingkatkan masa untuk menunggu bas bagi penumpang yang menunggu bas.
Saya : baiklah, saya rasa itu cukup bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. terima kasih saya ucapkan kepada pakcik kerana telah banyak memberi kerjasama dan masa untuk saya menemubual pakcik.
Pakcik : tidak mengapa. Sama-sama dan terima kasih kerana sudi menemuramah pakcik.

Jumaat, 26 April 2013

kawasan kajian


KAWASAN KAJIAN

            Kawasan kajian saya adalah terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kawasan ini terletak di pekan Kepala Batas iaitu salah satu daerah dalam negeri Pulau Pinang. Dari kawasan Kepala Batas ini terdapat banyak taman perumahan seperti Taman Desa Sena, Taman Sepadu, Taman Koskam dan lain-lain.

            Kawasan Kepala Batas Ini terletak di arah utara dalam Pualau Pinang. Pandang darat fizikal kawasan ini terletak di kawasan tanah pamah yang rata sesuai untuk pembinaan jalan pengangkutan darat dan petempatan. Oleh sebab itu, kawasan ini menjadi tumpuan peduduk untuk menggunakan pengangkutan awam iaitu bas.

Jarak mutlak antara kawasan Kepala Batas dari Buterworth ialah 15km. jarak relative dari masa yang diambil dengan menaiki bas adalah lebih kurang 20 minit dari pekan Kepala Batas.

penghargaan


PENGHARGAAN

            Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Tuan Mohd Roodzi Bin Aziz kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan NorHaiza bt Mohamad kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

            Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada ibubapa saya iaitu En Addnan Abd Hamid dan Pn Siti Aishah Abd Rahim kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk meniapkan kerja kursus ini. Juga kerana telah memberi bantuan kewangan kepada saya dengan membelikan bahan-bahan yang akan digunakan untuk kerja kursus ini.

            Tidak ketinggalan kepada sahabat-sahabat saya iaitu Nor Fify Zamry, Alif Azni,  Muhammad Akmal dan yang lain yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya Berjaya menyiapkan kerja kursus geografi dengan jayanya.